Friday, 12 July 2013

Geran niaga online RM1000 SKMM

GET MALAYSIAN BUSINESS ONLINE




1. S: Apakah itu Get Malaysian Business Online?
J: Get Malaysian Business Online ialah inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2013 oleh Perdana Menteri bagi membantu 50,000 usahawan mikro terutamanya wanita untuk melonjakkan perniagaan atas talian. Geran RM1,000 akan diberikan kepada pemohon yang layak.

2. S: Apakah syarat untuk mendapatkan geran Get Malaysian Business Online?
J: Syarat-syarat permohonan:
Warganegara Malaysia berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita;
Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
Pendaftaran nama domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my) dan laman sesawang yang aktif;
Mempunyai langganan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M);
Akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan; dan
Keutamaan kepada usahawan mikro - jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 5 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.

3. S: Bilakah saya boleh mula memohon?
J: Permohonan dibuka bermula dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 atau sehingga peruntukan RM50 juta telah dipenuhi.

4. S: Bagaimana cara untuk saya memohon?
J: Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di www.skmm.gov.my atau di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang berdekatan.

5. S: Bagaimanakah geran diagihkan?
J: Geran RM1,000 akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan atas nama usahawan/syarikat/perniagaan.

6. S: Berapa lamakah masa yang diambil untuk permohonan diproses?
J: Permohonan yang diterima akan diproses dalam tempoh 30 hari bekerja.

7. S: Apakah sebab permohonan ditolak?
J: Permohonan ditolak disebabkan beberapa faktor:
Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat;
Syarat-syarat tidak dipenuhi;
Permohonan telah dibuat oleh ahli kongsi usahawan/syarikat/perniagaan.

8. S: Berapa kali permohonan boleh dibuat?
J: Setiap usahawan/syarikat/perniagaan hanya boleh memohon sekali sahaja.

9. S: Bagaimanakah pemohon mengetahui bahawa permohonan telah diterima?
J: Akuan penerimaan dan nombor rujukan akan diberikan oleh SKMM setelah borang permohonan telah diisi sepenuhnya dan dihantar.

10. S: Bagaimanakah untuk mengetahui status permohonan?
J: Pemohon boleh menyemak status permohonan melalui laman sesawang SKMM melalui nombor kad pengenalan pemohon.

11. S: Adakah terdapat sebarang perjanjian antara usahawan dengan pihak SKMM setelah mendapat dana tersebut?
J: Tiada.

12. S: Adakah terdapat sebarang caj perkhidmatan bagi memohon geran tersebut?
J: Tidak

13. S: Adakah penerima geran perlu melaporkan penggunaan wang RM 1,000 yang diterima kepada SKMM ?
J: Penerima geran tidak perlu menghantar laporan. Pihak SKMM akan membuat pemantauan dan tinjauan berterusan mengenai keberkesanan program.

14. S: Adakah terdapat sebarang bantuan/geran susulan bagi membantu usahawan meneruskan perniagaan?
J: Tiada

15. S: Adakah terdapat sebarang bantuan atau syarat minima bagi membantu usahawan membuka akaun bank?
J: Tiada.

16. S: Adakah geran RM 1,000 ini hanya boleh digunakan untuk pembangunan laman sesawang atau kegunaan lain syarikat?
J: Geran yang diberikan adalah untuk melonjakkan perniagaan atas talian dan tidak terhad kepada pembangunan laman sesawang tetapi boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti latihan/kursus, langganan perkhidmatan jalur lebar atau telefon pintar, komputer, langganan perkhidmatan aplikasi perniagaan awan (cloud based business applications) dan sebagainya.

17. S: Adakah usahawan lelaki dibenarkan untuk memohon geran tersebut?
J: Ya.

18. S: aya adalah usahawan yang memasarkan perkhidmatan dalam talian. Adakah saya layak memohon?
J: Anda layak memohon sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

19. S: Adakah saya layak memohon sekiranya saya hanya memasarkan produk melalui laman blog dan facebook?
J: Anda perlu mempunyai lawan sesawang (.com.my) atau (.my) bagi memasarkan perniagaan anda selain dari laman sosial yang digunakan. Anda juga boleh menggunakan domain lain seperti .net.my/.org.my/.edu.my.

20. S: Adakah geran RM 1,000 tersebut akan dibayar terus kepada saya atau disalurkan kepada pembangun laman sesawang tersebut?
J: Geran akan disalurkan terus kepada usahawan/syarikat/perniagaan yang memohon melalui akaun bank yang didaftarkan.

21. S: Saya mempunyai perniagaan tetapi masih belum berada dalam talian. Bagaimanakah saya hendak mendaftar dan membangunkan laman sesawang perniagaan saya?
J: Pendaftaran laman sesawang boleh dilakukan dengan myDomain Registry manakala pembangunan laman sesawang boleh dilakukan dengan mana-mana agensi atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan pembangunan laman sesawang.

22. S: Perniagaan saya adalah perniagaan pemilikan tunggal. Adakah saya boleh menggunakan akaun bank peribadi bagi memohon geran tersebut?
J: Ya.

23. S: Saya mempunyai syarikat perniagaan tetapi tidak mempunyai akaun bank syarikat. Adakah saya layak mendapatkan geran ini?
J: Ya. Akaun atas nama usahawan boleh digunakan.

24. S: Saya mempunyai 3 buah syarikat. Adakah saya boleh memohon untuk ketiga-tiga syarikat tersebut?
J:
Tidak. Setiap individu/syarikat hanya boleh memohon sekali sahaja.

25. S: Sekiranya saya ada pertanyaan, kepada siapakah patut saya ajukan?
J: Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu gmbo@cmc.gov.my atau telefon 1-800-88-4040 (Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang) mulai 1 Januari 2013.

26. S: Adakah pendaftaran secara talian ini akan beroperasi 24 jam?
J: Sistem talian ini akan diberhentikan seketika pada pukul 11 malam sehingga 7 pagi setiap hari. Ini bertujuan agar penyelenggaraan sistem dan mengemaskinikan data dapat dilakukan.

No comments:

Post a Comment